Friday, May 13, 2011

We lost the great one.

Assalamualaikum 
Semalam saya terima satu berita yang mengejutkan .
masa tu saya tertido. dan terjaga bila ada someone call.
but then i just ignore. sebab number tak kenal.
memang time tu ada atas katil dan lappy terdampar dekat depan.
dah terjaga. saya pun tenguk fb.
time mula mula tenguk fb tibe tibe ternampak status iqram tentang kematian cikgu kesayangan saya.
saya tergamam terkejut terkesima. 
ye memang tak percaya langsung.
after tu ada orang call lagi. then saya pick up call tu
kawan saya bagitahu cikgu dah meninggal dunia. sebab excident.
tak lama lepas tu afiqa pulak text saya bagitahu.
okay saya speechless.
time tu jugak air mata mengalir. :'(
susah nak percaya semua tu. 
semua nya berlaku terlalu cepat.

Anak cikgu yang sulung, Nazihah sebaya dengan saya.
dia belajar di Mesir.
dan sewaktu saya tahu tentang berita itu Naz masih tak tahu lagi
dan kami kawan kawan semua delete status tentang kematian cikgu atas permintaan ahli keluarganya.
tak lama lagi Naz nak final dah.
tapi sape je yang sanggup nak biarkan dia tak tahu tentang ibunya.
malam tu juga Naz dah tahu tentang berita kematian ibu nya.
dan Naz tibe di Malaysia pada jam 8.30 malam tadi

ramai yang bagi ucapan takziah pada Naz 
antara yang bagi kata kata semangat dekat Naz



Pagi tadi ramai ex schoolmate datang ke sekolah sama sama bacakan yasin untuk arwah
saya tenguk semua cikgu nangis teresak esak
saya sendiri tak tahan sebak. 
dan lepas je abes bacaan yasin
ustazah bagi ucapan
kata ustazah ,

pada hari kejadian arwah berada di sekolah.
sebelum arwah pulang ke rumah arwah sempat menunaikan kewajipan nya
arwah solat asar di sekolah sebelum pulang.
dan arwah pulang ke rumah kerana mahu bersiap untuk solat hajat di Masjid Putra sempena penutup Hari Guru
dalam perjalanan ke rumah, arwah kemalangan.
menurut ustazah arwah meninggal dunia di hospital dalam keadaan yang sangat baik.
ada yang sempat ziarah arwah di hospital.
dan arwah dikebumikan pada hari ini selepas solat jumaat.


Arwah bagaikan sesuatu yang sangat bernilai bagi semua orang.
setiap orang yang mengenali arwah sangat menghormati nya
penuh dengan sikap baik hati, sopan santun, peramah.

arwah mengajar saya subjek Bahasa Melayu. 
dan saya sangat suka . sangat sangat suka.
tak pernah sekali pun arwah minta kami sekelas bayar untuk bahan fotostat.
semuanya arwah guna duit sendiri.
betapa mulia nya arwah.
saya tak lupa yang arwah selalu ingatkan kami. 
kalau nak baca doa tadah tangan betul betul pandang dekat tapak tangan.

Raya mesti nak datang rumah arwah,
makan sedap sedap.
sampai kitorang pernah request nak suruh arwah buatkan sagu.
dan demi anak murid yang tersayang.
arwah sanggup bangun pagi pagi buat kan semata mata untuk kami.
tak pernah lupa saat manis kita satu kelas makan sama sama sambil belajar.

Arwah mungkin garang dan tegas orangnya, tapi garangnya bertempat.
sebab sayangkan anak muridnya.
mendidik kami sampai berjaya. 
Ciuman arwah sewaktu minta restu nak SPM masih sedar di ingatan.
 terngiang ngiang gelak tawa arwah masa mengajar kami. 
kita berpantun , bersyair, bersajak, berpuisi sama sama.

saya terasa dengan kehilangan ini. tak sangka semua ni akan berlaku.
Allah lebih sayangkan arwah.
semoga roh nya di tempat kan dalam golongan orang orang yang beriman
saya redha dengan kehilangan ini. semoga aman disana




Gambar nie penuh dengan 1001 kenangan kita bersama. 
cikgu, manis betul senyuman cikgu dalam gambar ni.
walaupun hanya sekeping gambar, sudah cukup buat saya sebak bila tenguk.
saya sentiasa ingat pesanan cikgu. kata kata cikgu. tunjuk ajar cikgu
mungkin cikgu tiada bersama kami didunia ini tapi cikgu sentiasa berada dihati saya dan kawan kawan
saya tahu cikgu melihat kami dari jauh.
kawan kawan sedekah kan Al-fatihah untuk arwah cikgu ye.

Perginya seorang insan yang mulia. 
dan kita yang masih hidup perlu terus kan kehidupan.
yang pergi tetap pergi.
dan kita juga akan mengikut jejak arwah
cuma masa dan keadaan nya yang berbeza.
sekian.

Dalam kenangan , AL-FATIHAH buat PUAN SUZANA MD NOOR . 





2 comments:

  1. innalillah hiwainnailaihirajiun...aku yang nangis bace blog kau...
    semoga roh arwah dicucuri rahmat..
    Al - Fatihah...
    btw,do visit my blog (pucat lagi,baru wat) :D

    ReplyDelete
  2. Amin. thankyou. and dah follow :)

    ReplyDelete