Wednesday, May 4, 2011

Tips untuk hidup HAPPY.

1. Lepaskanlah rasa khuatir dan ketakutan
Dua hal ini hanyalah imaginasi fikiran akan suatu kejadian di masa hadapan yang belum tentu akan terjadi. Dan kebanyakan hal-hal yang anda khuatiri dan takuti tidak pernah terjadi. It’s all only in your mind.

2. Buanglah dendam
Yaa, kebanyakan orang memang susah untuk membuang rasa dendam dalam diri. Dendam dan amarah yang disimpan didalam diri hanya akan menyedut energy diri anda dan hanya mendatangkan kelelahan jiwa korang. Buang sahaja!

3. Berhentilah mengeluh
Mengeluh bererti selalu tidak menerima apa yang telah ada saat ini, senang cerita tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada. Secara tidak sedar, anda telah membawa beban yang negatif. Belajarlah mensyukuri nikmat.

4. Bila ada masalah, selesaikan satu persatu
Hanya inilah caranya untuk menangani setiap persoalan satu demi satu. Jangan beban diri dan jiwa dengan segala macam hal sekaligus. Kita ini lemah, banyak kekurangan. Bersabar.

5. Tidurlah dengan nyenyakSemua masalah yang timbul tidak perlu dibawa tidur. Hal tersebut buruk dan tidak sihat. Biasakan tidur dengan nyenyak, nyaman dan damai.

6. Jauhi urusan orang lain
Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka memiliki cara tersendiri untuk menangani setiap masalahnya.

7. Hiduplah pada saat ini, bukan masa lalu
Nikmati masa lalu sebagai kenangan. Janganlah bergantung padanya. Fokuskan hidupmu pada kejadian saat ini kerana apa yang anda miliki adalah saat ini, bukan kelmarin dan bukan esok. Be totally present.

8. Jadilah pendengar yang baik
Ketika menjadi pendengar, anda akan belajar dan mendapatkan idea-idea baru yang berbeza dengan orang lain.

9. Berfikirlah positif
Rasa tertekan adalah dari fikiran negatif. Kembalilah berfikiran positif. Bertemanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif dan terlibatlah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.

10. Bersyukurlah
Bersyukurlah atas hal-hal kecil yang membawa anda pada hal-hal yang besar. Sekecil apapun kurnia/nikmat yang anda terima, akan menghasilkan hal-hal yang besar dan selalu membawa anda kepada KEBAHAGIAAN saat anda sedang bersyukur

No comments:

Post a Comment