Saturday, March 12, 2011

Rakan Sebilik

what's on your mind? haaaaa
rakan sebilik nie roomate la kannn. ade tu eje cmnie. rummies. hmmm. ape ape jelaaa labu.
kita nie student dapat bilik bukan bole pilih roomate pun. kecian kan.
kalau dapat okay okay lahhh. best je kannn. alahai so sweet. 
kalau yang tak best tu. dengan nama lain macammm harammmmmm -____-"
haaaa. sape nak jawab? ade ade? kalau bole tukar memang tade hal la .
nie nak kena dok mengadap minachi tu everyday. bole gila babe. haihhh.
nie na share sikit perangai perangai roomates kawan kawan.
saje je na share share. kutuk sama sama. HAHAHAHAH. *gila setan kau!



1. bilik aku nie 4 orang . 3 junior 1 senior.aku junior tym nie. hidup bermasyarakat la kan. semuanya berjalan dengan lancar. lagi lagi yang 3 ekor junior nie. memang kamcing abes la kan. yang senior nie okay jela, sweet sweet gitu. haaa. sampai satu hari nie. kami bersepakat untuk membawa periuk nasi dengan nama lain rice cooker. jimat sikit duit mak nok. hehhhh. al kisah satu hari nie. senior kitorang nie tidur. yang kitorang nie duk masak sosej dengan nasi goreng. masak punya masak. tym tu la nak bergosip ape sume kan. so mesti la bising kan .lagi lagi ade minah kepoh.then yang senior nie gerak gerak kat katil dia.sebenarnya dia bg isyarat yang kitorang bising gila.tp peduli apa? tibe tibe senior tu naik angin . dia bangun dia terus keluar bilik hempas pintu. huuuu. terkejut nyah. hahah. patu nak buat muka plak.kitorang da minta maaf kan.pastu nak touching touching plak. ingat ade orang nak pujuk ke?daaaa.. biasalah tu bising kan. patu buat kepala sendiri mentang mentang senior. Hentak sana hentak sini. Kitorang pun makin bising la kan.last last dia tak tahan kot. dia ambil semua barang dia. duk kat bilik member dia. kurang satu rakan sebilik. hahah. mengada gila la kau senior!!padan muka! 



2.  bila dapat bilik berdua nie. macam banyak privacy sikit la kan.seronok la dapat layan perasaan sorang sorang. heee. *ahh kau tibe tibe da kenape! hmm. mula mula mana la kenal roomate kan. mesti la baik baik. "hai saya Bedah binti Sood . panggil je Bee" pastu bla bla bla. yang roomate Bedah nie muka suci je. sumpah la baik gila muka dia. solat tak pernah tinggal taw. lepas subuh belajar mana ade tidur macam si Bedah ni lepas subuh tido balik.Bedah nie pun suka la pelawa roomate dia nie, Melah makan makanan dia.mula mula Bedah tak kesah pun . tapi bila semua makanan Bedah abes mana ta mengamuk budak tu. harap je si Melah tu muka baik. tapi ta reti nak bagitaw bila amek makanan. hishhh. ta suka betul. ade satu tym tu Bedah g Melaka. bila balik je Bedah tenguk Milo 3 in 1 dia tinggal 3 packet je. sadis gila! padahal Bedah tak minum Milo banyak pun. so sape lagi kita nak syak kan. si Melah muka suci tu lahhhh. then pagi keesukan hari tu tenguk tenguk Milo tu tinggal 2 je.woooo. "kau da lebih nie Melah. mentang mentang aku bagi,kau main amek suka hati je kan." kata Bedah dalam hati. yang si Melah niePreview punya makanan mana penah dia hulur kan . panas panas. hishhhh. menyampah betul . *aku yang emosi lebih.macam aku je yang kena nie.hahhaha.tak tak . cerita orang lain nie :) dan tisu Bedah pun abes tibe tibe. Semakin angin la Bedah.last last Bedah sound si Melah secara halus tapi menusuk.

Bedah: eh Melah. Kau guna tisu aku eh?
Melah: aah . sorry (sambil buat muka paling comel) *buek na muntah aku!
Bedah: hmm, milo aku pun da tinggal sikit tu. So pandai pandai la tambahkan balik ye.
Melah: kau tu selalu tak de dalam bilik.
Bedah: ehhh. Ape kene mgene dengan aku tade dalam bilik dengan milo tu? Tu barang aku * Bedah makin panas hati.   "Waklu. Barang aku la budus" kata Bedah dalam hati.

Lepas tu Bedah bengang , Bedah keluar sambil hempas pintu kuat kuat. Malam tu Bedah tidur bilik kawan nya. Padan muka Melah kena tidur sorang sorang!
 3 hari lepas tu . taraaaaaa!!!



 milo Bedah da bertambah semula. heheeee. taw pun cuak. haaa. lain kali tu fikir laaa. harap je pandai baik pe semua . tapi perangai macammmm. haaa sambung la sendiri yeee.




3.  satu petang, mona beli yongtaufoo.dia pon pelawa jenab selaku roommate dia makan.jenab pon makan sebiji dua.ala org pelawa mesti la rasa kan.malam tu,

mona:weh weh byr,byr
jenab: bayar ape? (terkesima)
mona:tadi yongtaufoo.igt free ke?(muka minta penumbuk)
jenab:aku rasa je.kau yg ajak
mona:tade tade, singgit ! (muka tatw malu)
jenab: wtf -.-

adakah mona patut dimaki? YES! .manusia jenis apa dia nie? s t u p i d o !




4.  kita semua nie duduk satu bilik kena la jaga kebersihan. Lagi lagi kita nie perempuan kan. Lagi la kena jaga extra kebersihan. Tapi yang roomate sorang nie. Dalah bawak bantal busuk. Selimut busuk pun ada. Boleh ke yang lain hidup dengan aman? Jawapan nya memng tak la kan. Nak tegur macam tak best je. Tapi mesti la da paham sendiri kan. Yang selimut tu pelik betul. Dia tak penah basuh ke? Haiyaaa. Ape laaa. Then yang roomate lain tu kena la buat sesi pembersihan secara senyap senyap. Dengan menggunakan kain yang dilapik ditangan lalu mengambil selimut itu mngunakan 2 jari sahaja ye. Rendam ke dalam dettol dan masuk mesin. Dalam mesin tu ada selimut dia je. Hahahaha. Rm3 kottt. Sanggup kot demi menjaga keharuman dalam bilik. Yang si roomate kurang wangi nie. Tolong la sedar ye. Anda duduk dengan orang lain bukan sorang sorang. Bau anda menggambarkan imej anda. Be wangi lah! Hehhh.



5.   Saya straight . anda? Oh betul ke straight? Apa yang anda buat jika roommate anda bawa “jantan” masuk bilik di hostel anda? Haaaa. Bukan la jantan sebenarnya pun. Imej perwatakn seperti jantan tapi pada hakikatnya dia perempuan jugak. dengan nama lain pengkid la. Tapi berani la kan. Si roomate nie bawak ‘boyefren’ dia masuk bilik. Tidur sama sama. Selamba badak je. Yang si gelifren nie dalah muka baik je. Bertudung. Pakai spek. Skema habis wa cakap tu. Tapi rupa rupanya? Hmmm. Manusia manusia. Last last yang roommate nie tak tahan lagi. Dia pun buat report. Dan dan malam pada hari berikutnya. Ada spot check. Cehhh. Kau punca nya ! haaaaa. Kantoi!!! Ade lovebite. Kuangkuangkuang. Hmmm. Sila la kembali ke jalan Allah. Kecian mak ayah hantar g university tapi jadi macam nie.



Okay okay. Penat da typ nie. Tu jela . so kesimpulan nya, be nice with others. We do mistakes but try to change it okay. So kawan kawan. Agak agak kalau ade roommate macam nie . eluk la basuh otaknya supaya bersih. Hahahaha.
Dah dah. Jangan membebel da. Bukan orang nak baca pun la weh. Heeee.



P/s: sekarang berada di rumah. Kejap lagi nak balik segamat. Tak suka tapi demi parents tercinta kena la kentalkan hati. Iloveyou mama abah. *okay.tade kene mengene da nie.


2 comments:

  1. roomate mmg cmtu kann, susah nak cr yg best kan

    ReplyDelete
  2. hmmm taw tape. memang punnn. ta guna punya roomate.hahah.

    ReplyDelete