Wednesday, February 23, 2011

8 Petanda Dia Adalah Soulmate .

ini JODOH :)

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Betul ke begitu ? hmmm
So, ada petanda lain yang seseorang dapat merasakan bahawa si dia tu jodoh (soulmate) kita atau bukan? MEH AH TENGUK . come come.
Petanda 1 
Rahsia sepasang kekasih yang dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya kerjasama.apa yang penting? ye KERJASAMA. Kamu dan dia selalu saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. cewahhh. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa  melibatkan orang lain. Ada kamu rasa bende tersebut? kalau ya, haa selamat. sebab ada harapan  dia tu calon pendamping hidup kamu! 

Petanda 2 
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan,  gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya blablabla ? Adakah setiap ucapannya selalu nampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, sorry la jack kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu! aduhhh. ini hipokrit nie. 


Petanda 3 
Adanya instinct buatkan hati kamu berdua selalu saling tahu.Dan bila kamu atau si dia saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu. Eleh, suka la tu . heee.


Petanda 4 
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan. Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. Seronok nye lahai.


Petanda 5 
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali.  dia ke orang pertama yang datang tolong time kamu dirundung musibah , problem ke? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? kalau la ye,, tak salah lagi. Dialah orangnya. 


Petanda 6 
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, kalau macam ini maknanya dia da siap menerima kamu seadanya. 



Petanda 7 
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya..haaa. Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! 



Petanda 8 
Bila merasa rahsia kamu lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini maknanya pasangan sejati telah kamu temukan!

 Ade ke kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?
kalau la ade makna nye jodoh kuat tu. dia mungkin soulmate kamu. hmm. dan dan.
jaga la orang yang kita rase memang sesuai untuk kita baik baik okayy.
semoga berbahagia kawan kawan :)

p/s: saya masih belum ada soulmate. be my soulmate please? heeee. tape tape. one day InsyaALLAH ada la tu kan. doakan saya juga okay :D

2 comments: